*tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah pergi .
hanya sebuah tinta indah 'mungkin' dari hati *
kehidupan perlu diteruskan .
jangan hanya menuding jari ke arah orang sekeliling kita .
tidak semua orang sempurna .
tapi cuba fikir perasaan mereka , jika kau juga berada di tempat mereka ,
mungkin kau akan faham .
aku tiada di sana , aku tiada di sini ,
aku tidak merasa keperitan yang kau alami,
dan aku tidak merasa derita hati mereka .
derita bila mana semua kesalahan kau cuba tuding jariku kepada mereka .
bila mana mereka cuba memahamimu .
dan mereka cuba berdiam untuk terus memahamimu .
tapi kau berusaha mempertahankan perinsip hidupmu
yang hampir 100% zero untuk kau amalkan .
aku minta maaf jika benar aku memang orang yang memahami ,
ataupun orang yang mampu juga di fahami .
tapi jika benar aku yang salah ,
tegur aku , bimbing aku , suluhkan lampu di hati aku ,
agar aku terus tegar berdiri ,
agar aku terus tegar hadapi cabaran ini .
dan agar aku tidak terus mempersalahkan diri atas kelemahan ini .
berusaha berubah tidak salah ,
tapi jangan sehingga membuat orang terasa atau terbenci dengan diri kita .
buang yang keruh ambil yang jernih .
* maaf jika tulisan ini mengguris hati pembaca . tapi inilah kenyataan hidup aku .
kenyataan di mana seorang yang tidak tahu apa-apa berusaha mengetahui masalah dirinya *
aku sangat happy , kerana mereka selalu memahami aku :)
p/s : lepas nie banyak benda lagi mahu tulis . just tunggu and lihat sahaja entri seterusnya .
#PMI ber"Ramadhan" sambil beramal #beraya sampai pengsan
4 comments:
kenapa apa itah ?
mendalam benar entrynya..susah nak paham hehe
kata-kata yang keluar dari hati , jika tidak mampu sampai ke hati, itu bukn perkara yg pelik . mmg agak berbelit sikit kn ;) hehe
a'ah hehe :)
Post a Comment