The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Tuesday, April 26, 2011

JUVANA .

hei bloggers !

aku maw story2 ckit lar psl drama tebaru tv3, "JUVANA" . mmang syok gila crita dia... soo, mlm isnin mesti dpn tv ok ! layan sinopsis crite nie...kalo x puas hati... tngok lar sendiri..

 Drama bersiri Juvana akan menemui penonton pada 25hb April ni jam 9 malam di TV3 (semalam ok !) . Para pelakon dalam Juvana ni ialah Bront Palarae, Izreen Azminda , Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusairy. Drama bersiri ni ada 13 episod, kalau ikut sinopsis, kisahnya tentang Daim Yahya seorang remaja yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya.

Sinopsis cerita:  Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Daim ditahan di situ hinggalah dia cukup umur kemudian dia akan dibicarakan di mahkamah. Dalam drama ni Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak  warden yang jahat, Raja tak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.
Daim kemudian mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ,Cikgu Zakiah ni jadi baik le dalam drama Juvana ni. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan rakan samseng yang ada di sekolah tu. Drama ni ada nilai nilai moral, bagi aku drama ni lain dari yang lain sebab  takde kisah cinta dan perebutan harta di dalam dunia korporat. Mesti penonton dah jemu dengan kisah cinta dan dunia korporat dan perebutan harta, wang juta juta yang selalu menjadi tema drama melayu…kali ni tengok le cerita yang banyak pengajaran pulak.
Bront Palare (warden asrama) and Zahiril Adzim (Daim)

OST Juvana TV3 Lagu Babak Pertama -- Drama Band


Lirik Lagu Babak Pertama
Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa pelu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayangmu akan ku jejaki nanti
oh oh oh oh oh
oh oh oh oh
Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa pelu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
oh oh oh oh
oh oh oh oh


No comments: