kehidupan yang hakiki bukan lah duniawi ,
tapi di akhirat sana .
mungkin kali ini entri aku agak panjang sehingga boleh membuatkan anda bosan .
tetapi percayalah . disebalik kebosanan korang ,
sebuah jalinan Ukwah yang paling erat telah tercipta .
dan InsyaAllah ianya tidak akan pernah terputus .
kecuali jika ujian Allah itu sangat berat untuk kami hadapi .
mohon barokah darimu Ya Rabb .
Ramadhan lalu banyak mengajar kami erti kesabaran ,
mengajar kami siapa milik dunia ini ,
dan mengajar kami apa itu erti ikatan ukwah yang insyaAllah terjamin di sisi Allah .
walau sesibuk mana kami melaksanakan "minggu Ramadhan" kami tidak pernah berusaha untuk menyalahkan takdir . apa lagi menyalahkan pihak lain dengan kekurangan yang sendiri kami cipta .
program PMI a.k.a Persatuan Mahasiswa Islam yang kami anjurkan sepanjang
bulan Ramadhan lepas , Alhamdulillah berjalan lancar .
* walaupun banyak rintangan yang kami idak mampu hadapi *
biasa lah kan , kalau budak kolej buat program ,
bukan senang kita orang nak cari sponser :p
Antara program yang kami adakan dan Alhamdulillah mendapat
sambutan dari semua warga KYS adalah seperti ,
pertandingan Kuiz Islam , Pertandingan khat , Demo Perubatan Islam ,
Pertandingan Azan , Deklamasi Puisi , Pertandingan Nasyid , Tilawah Al-Quran
dan program Qiamulail .
Demo Perubatan Islam
Tulisan Khat
Kuiz Minggu Islam
Pertandingan Nasyid
Tilawah Al-Quran
Malam sebelum Qiamulail
dan dengan semua aktiviti ini , kami menyedari betapa perit dan susahnya sebuah
program itu untuk dipastikan berjalan lancar .
Alhamdulillah, Allah terus bagi kekuatan dalam kumpulan kami untuk meneruskan
aktiviti ini sehingga penamatnya .
*wajah-wajah kesayangan hamba :) *
dengan terjawab sudah semua cerita ini ,
maka aku kepilkan persiapan sepanjang sebelum kami melaksanakan aktiviti .
* muka-muka pelapis PMI *
dengan itu , berakhirlah cerita panjang lebar aku .
tapi sebelum aku berganjak ke satu arah yang lain .
nak share sikit video gempak
"budak-budak tiada kerja" kita orang .
saksikan :)
# 1
# 2
No comments:
Post a Comment