The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Friday, August 16, 2013

Husnuzon VS Suuzon .


Husnuzon VS Suuzon ?
apa benda nie ?
bunyi macam tempat-tempat Amazon river pulak kn . Hehehe . 

secara ringkasnya , 
Husnuzon bermaksud bersangka baik dan sebaliknya bagi 
Suuzon yang bermaksud bersangak buruk . 

Bersangka baik terhadap sesuatu perkara itu adalah sangat dituntut dalam Islam 
kerana ianya lebih baik, mulia dan megelak dari menuduh orang lain 
berbuat jahat atau melakukan sesuatu keburukan.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. telah berkata : 
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap 
satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu 
kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk
 meletakkannya di tempat yang baik.”

Suuzon ataupun bersangak buruk pula ialah seolah-olah kita memfitnah 
seseorang ataupun menuduhnya kerana tidak mempunyai bukti yang nyata lagi kukuh. 
Fitnah membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya membuat fitnah.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; 
Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, 
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, 
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain,
 dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. 
Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? 
Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) 
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; 
Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)


SIMPLE . 

2 comments:

zuhdi sanusi said...

tak rugi pun klu kita bersangka baik.,

ShemaSinbei said...

tidak pernah ada kerugian dalam melaksanakan amal kebaikan :)