kidal photography





Wednesday, July 2, 2014

Oreo Cheese Cake - Tanpa Bakar !


Alhamdulillah . 
Hari ini sudah masuk Ramadhan ke-5 . 
semua masih sihat walafiat kan . 
takdenya puasa buat sakit punn, sihat lagi ada lah . 
tapi kalo ada yang tak puasa pasal uzur atau sebagainya, 
jangan lupa ganti puasa pulak nanti k ;)

Dengan senyuman yang terukir di bibir, 
hari nie rasa nak share resepi

Oreo Cheese Cake 




Bahan-bahan :

 Biskut Marie (1 rows of pack)
Biskut Oreo (1 pack)
 Marjerin (main agak-agak dia rata sudah)
 Cream Cheese (250gm)
 Gula halus (1 cawan)
 Perisa Vanilla (1 tsp)
 Susu Low Fat (1/2 kotak besar)

Cara-cara :
Base cake .
1. Masukkan biskut Marie dalam plastik, tumbuk sehingga hancur menjadi crumbs
2. Gaulkan crumbs Marie tadi dengan marjerin yang dicairkan
3. Setelah kepal, ratakan dalam bekas dan masukkan kejap dalam peti sejuk (10 min)

Fillings.
1. Putarkan Cream Cheese dan gula halus sehingga kembang
2. Masukkan susu Low Fat + esen vanilla dan terus putar sehingga kembang
3. Apabila semua sudah kembang, masukkan crumbs oreo. 

Base cake + Fillings.
1. Tuangkan fillings ke atas base cake tadi. (Ratakan supaya cantik)
2. Tabur crumbs oreo di atas fillings (ikut kreativiti sendiri)
3. Masukkan dalam peti sejuk selama 4-6 jam 


.
.
.

Terima Kasih kepada
 Ipi 
Chef Rebab 
 Mama Shin 
*mereka orang yang sama*
kerana sudi membantu kakak dia Cik Kidal nie .

Selamat mencuba .

No comments: