The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Thursday, March 10, 2022

Berkat

Aku cukup terkesan dengan namanya BERKAT.

Mendapat berkat bermaksud kau peroleh restu. 

Kerna aku pernah berada di satu situasi di mana berkatnya kurang, menjadikan keadaan aku yang tidak merelakan atau direlakan.

Dalam keadaan mengiakan, aku tahu di lubuk hati paling dalam sedang menidakkan.

Menidakkan untuk aku membuat keputusan. 

Aku tahu risau itu apa. 

Aku sangat faham dan aku bukan 'selfish' kerana tahu rasanya tidak enak. 

Dan aku berusaha menjadi sematang apapun aku. 

Berusaha sebolehnya aku, sebaiknya aku dalam membuat keputusan.

Bila di timbang tara, aku cari apa dalam hidup? 

mencari harta dunia atau redhaNya Allah?


Rezeki: Tidak akan datang tanpa usaha dan doa kepada Allah. Tidak berganda jika tidak di kongsi. Tidak kekal jika dari sumber yang haram. Dan tidak berkat tanpa restu dan doa dari IBU dan AYAH. 







  


Monday, September 20, 2021

Belajar untuk terima

Aku belajar sesuatu bukan boleh dipaksa.

Aku mengalah.

Cuba mengalah.

Tapi terlihat aku lemah.

Bila aku fikir balik, kenapa perlu bertahan

Bila kau melihat ia tiada harapan.

Bila sepertinya aku usaha,

Tapi kau melihat dengan penuh suka.

Bila aku sudah berhenti mencuba,

Tiba kau hadir memberi kata

"Aku takut kau tidak terima aku seadanya".

Sejak kapan aku mengungkap kata?

Kau dengar dari mana?

Argh, itu perasaanmu saja.

Kau create situasi aku yang bersalah

Kerana giveup dan tidak mahu mencuba.

Berhenti salahkan mereka, salahkan dunia

Lihat pada tanganmu.

Satu jari di tuding ke arahku,

Ada empat lagi mengarah kepadamu.

Aku belajar untuk terima. 


Salahkah aku terlalu mengejar cinta?

Sudahlah. 

Aku mula belajar untuk terima. 

Saturday, September 12, 2020

Doa.

 pada langkah kecil aku berjalan, 

mencari satu cahaya yang sinarnya berada di hujung dunia, 

kerana aku belum mampu menggapainya.

perasaan rindu mulai menerpa,

pada bila aku mendengar dendangan ayat suciMu,

bertakung air dikelopak mata,

menanda rindu kali ini sangat berat untuk aku.

ketenangan yang kau berikan,

di tempat suciMu itu,

cubaku gapai di sini,

tapi tiada satu tempat pun membungakan perasaan sama. 

ya Allah kau panggil lah aku kembali ke tanah haram Mu,

yang penuh cinta dan ketenangan,

kerna aku rindu.




Monday, August 17, 2020

Ego.

Aku tulis untuk aku sedar aku siapa?
Untuk aku sedar siapa diri aku.
Kerana tiada siapa yang sebenar-benar mengenali kamu, 
Kecuali diri kamu. 

"Aku tau kau macam mana. Kau kasar sebab kau tidak mau orang nampak kau lemah."

Itu yang boleh diterjemah manusia.
Aku kasar supaya aku tidak terlihat lemah. 
Tapi ada yang kamu tidak tahu sepenuhnya. 
Ego aku sebagai manusia sangat tinggi. 
Aku kasar agar aku tidak di remehkan, 
tidak dipandang kebudak-budakan,
tidak disalah tafsirkan.

Tapi aku tidak mampu menipu satu hal,
Aku sememangnya lemah. 
Kasarku untuk menutup sedih aku. 
Kasarku ditutup dengan gelak tawaku.
Kasarku aku tutup dengan muka tidak pernah bermasalah dengan dunia. 

Sebaliknya aku tidak pernah menceritakan betapa hati ini telah hancur.
Hati yang sangat takutkan kehilangan. 
Kerna aku ingin tunjukkan aku mampu menggantikan kekosongan. 
Aku mampu menggantikan tempat yang telah tiada.

Aku menjadi aku ketika ini,
Kerna aku ingin menghidupkan satu sisi manusia
yang telah meninggalkan kami sejak tahun Masihi 05.
Manusia yang hadirnya tidak pernah mengecewakan sesiapa.
Hadirnya membuat seisi dan sesiapa mengenalinya 
begitu girang hatinya. 

Ya Allah kau pemegang hati ini, 
Jadikan aku manusia yang bersyukur apa jadinya aku manusia saat ini.  

suka.

Semakin kita mengejar sesuatu yang tidak pasti,
Mencari langkah tapak kakinya manusia,
Semakin itulah kita menjauh dariNya. 
Semakin itulah ketakutan semakin memuncak di dada.
Persoalan demi persoalan akan bermain di minda,

"Dia suka?" dia ini manusia. 
tapi kurang kita persoalkan "Allah suka?"

Saat ini, 
Tepuk dada tanya iman kita. 
kita mencinta kerana dia manusia, 
atau mencinta dia kerana Allah.

Kita suka bila manusia suka, 
tapi kita tidak fikir,
"Allah suka apa yang aku suka?"

Tepuk dada, tanya iman kita. 

Friday, July 10, 2020

kosong.


Jiwa aku merintih dan kembali kosong.
Mungkin bukan kosong, cuma rindu.
Aku tidak pandai 'translate' hati aku. 

Monday, March 23, 2020

COVID-19 : Stay put where you are


Quarantine Day 7.
18 March - 31 March 2020.
**mungkin boleh menjadi lebih lama jika kes terus meningkat. 

Seperti yang kita tahu, 
hal ini bukanlah apa yang kita jangkakan akan berlaku untuk tahun 2020.
Keadaan yang sedikit kelam-kabut untuk Malaysia malahan di seluruh dunia saat ini berdepan virus maut 
COVID-19, Corona Virus Disease 2019.  

Di Italy, kenaikan kadar jangkitan virus ini seiring dengan kadar kematian rakyatnya.
Ini sangat menggusarkan kita kerana kadar jangkitan harian untuk Malaysia sahaja bukan seorang dua tapi ratusan manusia untuk setiap hari. 

Kelmarin sahaja ( 23 Mac 2020, 5.00 petang waktu Malaysia)
peningkatan wabak sehingga 1518 kes dilaporkan. 
Ini mejadikan bilangan kematian seramai 14 orang


Saya tidak ingin mengulas penyebab virus ini tular kerana kita sudah sedia maklum mengenainya. 
Kerana apa yang perlu kita lakukan sekarang bukan menyalahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada kesedaran individu itu sendiri. 
Menasihat atau mengarahkan masyarakat kita untuk duduk di rumah selama 14 hari (tempoh kuarantin) adalah suatu perkara yang sangat sukar kerana si penerima nasihat bukanlah anak-anak yang kita boleh 'lentur buluh dari rebungnya'. 
Ini ibu bapa budak. 
yang punya akal yang boleh dikatakan lebih 'extra' dari anak-anak mereka sewajarnya. 
Malangnya kebertanggungjawaban sesorang itu bukan terletak pada usiannya tapi pada akalnya. Walau di arah polis mahu tentera sekalipun, kalau 'ketegaq' memang semakin menyukarkan lagi proses untuk memberhentikan kes penyebaran virus ini di Malaysia. 

Oleh yang boleh saya sarankan, 
ubahlah perspektif anda mengenai perkara ini. 
Letakkan diri anda pada tempat 'frontliner' kita yang cutinya di bekukan dan pesakit yang positif COVID-19 ini. 
Ini bukan lagi perkara gurauan seperti menipu ibu dengan 
meminta 20 sen kononnya membeli keropok di kedai runcit tetapi 
menyimpang membeli tikam-tikam 20 sen dapat seringgit, 
ini hal yang lebih serius kerana bukan sahaja melibatkan nyawa tetapi
termasuklah perkembangan ekonomi negara yang kian terencat dek kerana hal ini. Sama-samalah kita membantu menangani wabak ini. 

Stay safe, Stay healthy, Stay put where you are. 
Amalkan penjagaan kebersihan. 
Wear your mask and hand sanitizer. 

Tuesday, January 28, 2020

Jatuh Cinta

Ya Allah kau panjatkanlah doaku.
Aku ingin berdoa di MultazamMu ya Allah.
Ingin terasa benar dekat denganMu.
Ingin merasa ketenangan yang luar biasa itu lagi.
Kau murahkan lah rezekiku.
Kau cukupkanlah aku agar dapat lagi ke sana.
Agar kali ini aku bisa menghabiskan apa yang tersisa.
Menamatkan apa yang aku mula.
Aku benar terasa rindu.
Ketenangannya, harumannya, kerinduan kepada tempatnya.
Dan yang paling utama, rindunya aku pada junjunganMu Muhammad SAW.
Ya Nabi Allah, Ya Habib Allah, Ya Rasul Allah.
Kau berikanlah kami syafaatmu ya Rasulullah agar kami mampu sampai ke syurgaNya Allah 💕

Saturday, August 3, 2019

Karna


Karna punya rindu yang lagi hanya kau dan Tuhan saja tahu itu sebenarnya perit.
Karna hanya aku yang hanya menyimpan rindu sedang kau lagi tidak tahu.
Cinta yang ini untuk manusia, tapi aku mahu Allah yang tahu, rahsia ini antara aku dan Dia.
Karna yang menyimpan hatinya juga Dia.
Sedar cinta itu tidak ada pengertian yang jelas mahu lagi nyata.
Karna itu aku berdoa pada sang pencipta,
"Tolong jaga hatinya ya Allah. Jika bukan tertulis untuk kmi berdua, kau pertemukan aku dan dia dengan manusia yang selayaknya" .
.
00:07

Thursday, July 11, 2019

Sehebat sahabat


Mengenali seseorang yang diluar jangkaan waktu itu caturan Allah. Begitulah cara aku mengenali mereka-mereka yang bersama denganku untuk menujuMu. Selain Sahabat antara Maghrib dan Isyak, aku mengenali beberapa orang yang ada bersama aku. Sentiasa itu tidak, tapi ada itu iya. 


Sis Seha. Sebetulnya dia kawan kepada kakak aku. Tapi kini dia juga sudah menjadi sahabatku. Dia seorang yang sangat baik, sangat lembut dan sangat menyenangkan. Disebabkan dia pergi Umrah berdua bersama suami, jadi aku and mama selalu mengajaknya pergi bersama (sebab Abah pun selalu pergi sendiri. Di Mandinah, lelaki akan masuk dari gate No.9 dan  perempuan dari gate No.25). Dia menjadi peneman aku menentang arus manusia time solat sunat di Masjid Quba, masuk ke Raudah, solat di luar Masjidil Haram, Tawaf depan Kaabah, Saie Safa Marwah dan menunggu di gate 2-5 di Mekkah. Ini tidak termasuk makan semeja and turun naik lift sama-sama.

Trimas sis sebab jadi baik sangat dengan family kite. Sometimes feeling kakak pulak aku sebab dia kecik sangat. That why kami akan besilang tangan time bejalan sebab takut dia sesat hahaha. Macam aku Mutawif bah yakin-yakin jak endak sesat di sana.
Our first Umrah. Sis Seha yang di tengah tu .


Sis Intan. Dia ni another level sebab kami bertegur after dia pass cium Hajarul Aswad hahaha. Aku mendengar namanya sekali di Madinah sebab time tu dia cari mamanya hilang di masjid Quba yang last-last dia pulak yang hilang hehehe. Good heart ❤️
Cara kami bertegur juga macam bro-bro. Yang aku boleh ingat kami sedang menunggu di lobi hotel and aku cakap, "tahniah kau lepas semalam" hahaha bro sangat ayat aku. Cerita-cerita rupanya budak TESL euemes, tinggal KG E  and dia masuk tahun sama dengan aku hahaha. Kecikkan  dunia .
Allah tidak jumpakan kami langsung pun dalam euemes tu tapi Allah pertemukan aku dengan sis nie di tanah haramain 😇 ayat dia yang aku ingat, "aku memang agak suda umur kau baya-baya aku jak". Sememangnya aku tua setahun dari dia. Ohh.. lupa mau puji, Sis Intan ne antara manusia yang aku jumpa murah senyuman. Seyes.



And until now, kami berkawan and bertanya khabar juga lah di IG. Syukur Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan orang yang baik pada waktu yang tepat.


"Ya Allah, aku memohon agak Engkau peliharakanlah hubungan baik diantara aku dan sahabat-sahabatkuhingga akhir hayat, agar ada manfaat dan kebaikan diantara kami. Amin"

Polos

Kerna rasa itu sejujurnya dari hati.
Yang mengawalnya juga aku.
Tapi untuk kamu aku berasa tenang.
Kamu punya 'energy' yang beda dari yang lainnya.
Kerna mungkin bagiku kamu punya jiwa polos.

Kamu seperti seorang yang diturunkan tuhan untuk aku mencari keseimbangan dalam diri.
Aku minta sama pada Dia agar aku tidak lagi bertemu dengan manusia yang sia-sia.
Dan dia saat itu kamu benar hadir.
Di depan mata dan terlalu dekat.
Cuma rasa itu bukan untuk di ikat.

Kamu punya cara berbeda yang menarik aku.
Sejujurnya jika aku memandang pada paras rupa, pada aku kamu biasa.
Tapi sememangnya jika difokus pada hatimu, kamu luar biasa.
Kamu punya jiwa yang natural.
Yang auranya tenang.

Doa aku sehari-hari itu ada namamu. 
Jika kamu sememangnya untuk menaturalkan 'suhu bumi' aku. 
Kamu sudah tertulis di luh mahfuz untuk aku.
Kasih bukan untuk diluah dengan kata tapi dirasa dengan jiwa.



Jabal Rahmah 

Friday, June 28, 2019

Sahabat antara Maghrib dan Isyak



Sebelumnya suda sedia maklum cerita aku dalam blog ini akan berkisar tentang perjalanan Umrah aku yang jangan tanya kesudahannya bila karna memang tidak punya noktah.

Sesiapa juga akan merasa gembira bila kita mampu berkomunikasi dengan seseorang bila kita berada di luar komuniti kita.

Ceritanya bermula bila aku terpaksa mencari tempat aku sendiri (untuk solat) di dalam Masjidil Haram kerana saf mama sudah penuh. Jadi aku sendiri mencari ruang kosong bagi memudahkan aku solat.
Di dalam kemampatan manusia, ada 2 orang beranak berbangsa arab tersenyum dan memberikan aku sedikit ruang untuk solat. Oleh kerana keterbatasan untuk berkomunikasi, aku hanya mampu mengucapkan "Syukron" dan mereka membalasnya senyuman. Terus saja kami menunaikan solat maghrib.

**Buat pengetahuan yang tidak pernah pergi ke sana, adalah lebih baik untuk tidak berganjak dari dudukan anda kerana tempat akan sentiasa penuh dan berebut untuk mendapatkan saf. Jadi kebiasaannya kami akan menghimpun masa kami di masjid untuk waktu Asar-Maghrib-Isyak.
Setelah solat Maghrib, solat sunat Rawatib Ba'diyyah dan solat jenazah (setiap waktu di sana kami melakukan solat jenazah. Bermaksud, tiap waktu itu jugalah ada jemaah yang menghadap Illahi) kami beriktikaf di dalam masjid sementara menunggu isyak.

Mungkin muka 'Malaysian' aku sangat jelas terpancar di wajah, seorang wanita yang memakai purdah menegur aku "English? Do you speak English?" aku mengangguk dengan laju. Walaupun kenyataannya English aku tidak mampu bersaing dengan Muet band 4 dan ke atas, tapi kami mampu bercerita panjang lebar.


Dia Nuzhet seorang wanita yang berasal dari UK. Ketika dia menghampiri aku dengan memegang kerusi lipat, aku tidak mengecam usianya kerana dia memakai niqab menutupi wajah manisnya. Apabila dia memberitahu usianya suda 49 tahun, aku agak terkejut kerna dia terlihat muda. Mungkin kerana pembawaannya. Aku senang mendengar cerita 'travel'nya. Umrahnya kali ini juga adalah antara' holiday hati' dia bersama suami. Kami masih berhubung sehingga ke hari ini untuk bertanyakan khabar.

Yang manisnya, malam itu aku bertemu dengan dua orang rakan berlainan usia dan negara. Amal, seorang kanak-kanak Arab berusia 17 tahun yang kurang deria pendengaran dan bisu kerna itu dia hanya mampu tersenyum padaku saat aku mengucapkan "Syukron" kepadanya. Terima kasih google translate kerana membantu aku berkomunikasi dengan Amal.

Di situ aku sedar Allah sedang menjawap di antara doa-doaku iaitu pertemukan aku dengan orang-orang yang ajar aku erti istiqomah dalam mengejar dan mencari jalan yang Engkau radhai. Alhamdulillah. Aku yakin Allah sebaik-baik perancang. Orang yang datang dan pergi dalam hidupku adalah sebuah pinjaman yang Allah bagi untuk aku berteman dan bertukar rasa dan pendapat dengan orang yang berbeza-beza.

**Nota kaki: Yang dulu rapat kini menjadi stranger, jangan berkecil hati kerna Allah mengabulkan doa-doa kalian.

Monday, June 24, 2019

Tulisan kaku

Bila lama tidak menulis, 
otak aku tepu, 
tangan aku kaku. 
Tiada satu coretan yang keluar seperti air dari akal fikiran yang agak berlemak sebelumnya. 
Aku seperti malas bercerita pada dunia, sedang banyak yang terbuku di hati untuk di luah secara lisan ataupun tulisan. 
Perlu masa untuk menulis dan mengolah cerita menjadi sebuah tayangan gambar yang boleh diabadikan secara nyata. 
Biar beri aku masa untuk ini.

Bacalah tulisan lama kite 😘
Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain :
1. Bumi Anbiya,
2. Madinah,
3. Raudah,
4. Ziarah luar Madinah,
5. Miqat di Bir Ali,
6. Doa di Multazam,
7. Ziarah Luar Mekkah,
8. Ziarah Hudaibiyah.

Selamat membaca 🤗😉

Tuesday, February 12, 2019

Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain #8


Mekkah Bumi Barakah : Ziarah Hudaibiyah

Seperti kebiasaannya, pagi ini kami dikumpulkan di lobi hotel sementara menunggu bas yang dipandu Jabir tiba. Ziarah ke Masjid Hudaibiyah adalah untuk miqat bagi melaksanakan Umrah ke-3. Di sana kami melaksanakan solat sunat Tahyatul Masjid, solat sunat Ihram dan berniat Umrah. 
Mutawiff kami tolong promo susu unta 
Sebelum kembali ke Mekkah untuk melaksanakan ibadah Umrah, kami sempat singgah ke ladang unta(abah beli susu unta) & Muzium Mekkah di mana tempat kain kiswah kaabah dibuat dan di sini jugalah terdapat barang-barang bersejarah yang terdapat di Madinah dan Mekkah.  Satu hal yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini adalah, sebelum keluar dari Muzium Mekkah, aku perasan ada sebuah bilik yang mengeluarkan bau kiswah yang kuat dan sangat menyenangkan. Allahu rindu. 

Hari terakhir di Mekkah
Tiada Tawaf Wida untuk aku kerana berada dalam keadaan uzur (sedih serius!). Semasa bertolak dari Mekkah ke Jeddah, kami sempat singgah ke Muzium Alamoudi. Di sana ia mempamerkan budaya, kesenian dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan bangsa arab.

Kami terus ke Airport Jeddah untuk mengambil flight ke Brunei (BI002). Maka kenangan sahaja yang mampu terpahat di hati ini bagi menjadi sebuah memori yang cukup indah bagi permulaan tahun 2019 aku. 

Tibanya saja di brunei, kami check-in di Mulia Hotel berehat sementara menunggu jam 12.30am flight kami. Mulia Hotel hanya mengambil masa 5 minit ke Airport Brunei. Maka berakhirlah perjalanan ibadah kami setelah mengambil masa 22 minit dari Brunei ke Kota Kinabalu menaiki pesawat Royal Brunei BI829.

Pengalaman yang cukup mengajar aku banyak benda termasukkah cinta pada yang Esa. Utamanya adalah sabar dan jangan tinggal solat. Orang berebut mahu dapatkan syurga, jangan cuba tempah neraka. Baii !  

Perkataan baru :
Melontar - Shopping
Harta Ghodimah - Harta rampasan perang
**gambar di bawah adalah sekadar hiasan
my new friend, Mr. Onta

ambik feeling Saudi Arabia sikit uhukk



Photo dulu di Muzium Alamoudi

Trimas pak arabnya. photonya bagus banget cehh 
feeling lebihh !


OK DONE .

Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain #7

Mekkah Bumi Barakah : Ziarah luar (Mekkah)

Ziarah luar kali ini akan berakhir di Masjid Jaranah kerana kami akan bermiqat di sana untuk Umrah ke-2 (Abah melaksanakan Badal Umrah untuk arwah Abang). Tepat jam 7.30 pagi kami sudah berkumpul di lobi hotel untuk menunggu bas yang akan dipandu oleh Jabir (terima kasih kerana membawa kami sepanjang perjalanan Umrah Santai ini). 

Tempat-tempat yang penuh sirah yang telah kami lawati adalah seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah dan Jabal Rahmah. Kami juga melalui Muzdalifah, Jamrah di Mina dan akhirnya ke Masjid Jaranah. 

Umrah ke-2 dan ke-3 kami sedikit mencabar kerana kami melaksanakan tawaf pada siang hari sebelum masuk waktu zohor dan menyambung Saie setelah habis saja kami menunaikan fardu zohor. Sememangnya kami melaksanakan solat di bawah terik mentari.SubhanAllah. Yang pastinya, mengerjakan Tawaf dibawah terik mentari ini benar-benar menguji tahap kesabaran kerana sebelumnya umrah pertama kami dilakukan pada waktu malam, tidak panas dan semestinya sejuk (rasa keimanan tu uhukk). 

Sebelum menunggu waktu maghrib, kami sempat singgah ke Telaga Zamzam untuk minum dan mengambil air wuduk. Disebelah telaga zamzam adalah rumah di mana, Rasulullah s.a.w dilahirkan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya melihat dari luar sahaja. 



Keadaan untuk Saie dari Safa dan Marwah











Jabal Rahmah dikatakan bukit kasih sayang. orang cakap berdoa dekat sini kalau nak jodoh. aku berdoa juga lah. tapi ice cream dekat sini aku tidak boleh tolak ! lagi kalau kena belanja. Ya Allah heaven dunia :)
Rumah kelahiran Rasulullah s.a.w yang bersebelahan dengan Telaga zamzam
Istana Raja di Jabal Qubais
Di hadapan Telaga Zamzam

Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain #6

Mekkah Bumi Barakah : Multazam

Siang melabuhkan tirainya dan malam pun menjelma. Usai sahaja solat Isyak, para Jemaah yang memasang niat untuk ikut ke Multazam dikumpulan (atas dasar kerelaan hati Jemmah itu sendiri). Adalah agak sukar untuk pakcik atau makcik yang agak berusia atau terbatas pergerakkannya kerana untuk solat di Hijr Ismail, berdoa di Multazam mahupun mencium Hajarul Aswad (batuan dari syurga) memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.


Perasaan setelah melaksanakan ibadah ini, luar biasa. Aku sendiri tidak mampu menggambarkannya dengan kata-kata. Sekali lagi perasaan dan keadaan yang sama berlaku seperti di raudah. Semua Jemaah dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu untuk mengerjakan solat sunat di Hijr Ismail dan berdoa di Multazam. Mama dan Abah sempat mengucup Hajarul Aswad pada malam itu. Mungkin bukan rezekiku untuk kali ini mencium Hajarul Aswad. Mungkin suatu hari nanti apabila Allah memberikan aku lagi rezeki lebih untuk melawat Tanah Haram. 



Percubaan untuk ke Multazam berlaku dua malam dan malam terakhir sebelum keberangkatan pulang keesokkan harinya, doa aku dimakbul Allah bila aku berdoa agar aku mampu berdoa lebih lama di Multazam. Itulah saat yang paling menggembirakan. Terima kasih Allah kerana kau permudahkan urusanku di sana. Semoga doa-doa yang aku rintihkan dimakbulkan Allah. Amin.

muka penat tapi puas hati


Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain #5

Madinah Bumi Anbiya : Miqat di Bir Ali

Pada pagi itu, setelah selesai melaksanakan solat Subuh, Ziarah Wida dan sarapan pagi, para Jemaah Nurmultazam akan bertolak dari Madinah ke Kota Mekkah yang jaraknya kurang lebih 435KM yang mengambil masa 4 jam setengah. 

Kami bermiqat di Bir Ali dengan melaksanakan solat sunat Ihram, berniat Umrah dan memakan pakaian Ihram bagi lelaki. Maka bermulalah larangan 13 untuk para Jemaah (jika larangan ini dilanggar, maka dam akan dikenakan). Tibanya saja kami di Mekkah kami ditempatkan di hotel Burj Sultan dan meikmati hidangan makan malam sebelum kami melaksanakan Umrah pertama. perasaan selepas saja melaksanakan Umrah pertama cukup gembira. Setelah melakukan Tawaf, Saie dan Tahalul, ada juga Jemaah lelaki yang merelakan hati untuk terus dibotakkan. 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan,
{ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُحَلِّقِينَ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالْمُقَصِّرِينَ ؟ قَالَ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُحَلِّقِينَ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالْمُقَصِّرِينَ ؟ قَالَ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُحَلِّقِينَ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالْمُقَصِّرِينَ ؟ قَالَ : وَالْمُقَصِّرِينَ }
Ya Allah, ampunilah mereka yang menggundul habis.” Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau cuma sekedar memendekkan?” Beliau masih bersabda, “Ya Allah, ampunilah mereka yang menggundul habis.” Para sahabat balik bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cuma sekedar memendekkan?” Beliau masih bersabda, “Ya Allah, ampunilah mereka yang menggundul habis.” Para sahabat kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cuma sekedar memendekkan?” Baru beliau menjawab, “Dan juga bagi yang memendekkan.” (HR. Bukhari dan Muslim). Sumber : https://rumaysho.com/8180-hukum-gundul.html
Jemaah wanita Nurmultazam
Jemaah lelaki Nurmultazam