Siang melabuhkan tirainya dan malam pun menjelma. Usai sahaja solat Isyak, para Jemaah yang memasang niat untuk ikut ke Multazam dikumpulan (atas dasar kerelaan hati Jemmah itu sendiri). Adalah agak sukar untuk pakcik atau makcik yang agak berusia atau terbatas pergerakkannya kerana untuk solat di Hijr Ismail, berdoa di Multazam mahupun mencium Hajarul Aswad (batuan dari syurga) memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Perasaan setelah melaksanakan ibadah ini, luar biasa. Aku
sendiri tidak mampu menggambarkannya dengan kata-kata. Sekali lagi perasaan dan
keadaan yang sama berlaku seperti di raudah. Semua Jemaah dari seluruh pelusuk dunia
berpusu-pusu untuk mengerjakan solat sunat di Hijr Ismail dan berdoa di
Multazam. Mama dan Abah sempat mengucup Hajarul Aswad pada malam itu. Mungkin
bukan rezekiku untuk kali ini mencium Hajarul Aswad. Mungkin suatu hari nanti
apabila Allah memberikan aku lagi rezeki lebih untuk melawat Tanah Haram.
Percubaan
untuk ke Multazam berlaku dua malam dan malam terakhir sebelum keberangkatan pulang
keesokkan harinya, doa aku dimakbul Allah bila aku berdoa agar aku mampu berdoa
lebih lama di Multazam. Itulah saat yang paling menggembirakan. Terima kasih Allah kerana kau permudahkan urusanku di sana. Semoga doa-doa yang aku rintihkan dimakbulkan Allah. Amin.
muka penat tapi puas hati
No comments:
Post a Comment