The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Tuesday, February 12, 2019

Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain #7

Mekkah Bumi Barakah : Ziarah luar (Mekkah)

Ziarah luar kali ini akan berakhir di Masjid Jaranah kerana kami akan bermiqat di sana untuk Umrah ke-2 (Abah melaksanakan Badal Umrah untuk arwah Abang). Tepat jam 7.30 pagi kami sudah berkumpul di lobi hotel untuk menunggu bas yang akan dipandu oleh Jabir (terima kasih kerana membawa kami sepanjang perjalanan Umrah Santai ini). 

Tempat-tempat yang penuh sirah yang telah kami lawati adalah seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah dan Jabal Rahmah. Kami juga melalui Muzdalifah, Jamrah di Mina dan akhirnya ke Masjid Jaranah. 

Umrah ke-2 dan ke-3 kami sedikit mencabar kerana kami melaksanakan tawaf pada siang hari sebelum masuk waktu zohor dan menyambung Saie setelah habis saja kami menunaikan fardu zohor. Sememangnya kami melaksanakan solat di bawah terik mentari.SubhanAllah. Yang pastinya, mengerjakan Tawaf dibawah terik mentari ini benar-benar menguji tahap kesabaran kerana sebelumnya umrah pertama kami dilakukan pada waktu malam, tidak panas dan semestinya sejuk (rasa keimanan tu uhukk). 

Sebelum menunggu waktu maghrib, kami sempat singgah ke Telaga Zamzam untuk minum dan mengambil air wuduk. Disebelah telaga zamzam adalah rumah di mana, Rasulullah s.a.w dilahirkan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya melihat dari luar sahaja. 



Keadaan untuk Saie dari Safa dan Marwah











Jabal Rahmah dikatakan bukit kasih sayang. orang cakap berdoa dekat sini kalau nak jodoh. aku berdoa juga lah. tapi ice cream dekat sini aku tidak boleh tolak ! lagi kalau kena belanja. Ya Allah heaven dunia :)
Rumah kelahiran Rasulullah s.a.w yang bersebelahan dengan Telaga zamzam
Istana Raja di Jabal Qubais
Di hadapan Telaga Zamzam