Mekkah Bumi Barakah : Ziarah Hudaibiyah
Seperti kebiasaannya, pagi ini kami dikumpulkan di lobi hotel
sementara menunggu bas yang dipandu Jabir tiba. Ziarah ke Masjid Hudaibiyah adalah untuk miqat bagi melaksanakan Umrah
ke-3. Di sana kami melaksanakan solat sunat Tahyatul Masjid, solat sunat Ihram
dan berniat Umrah.
Mutawiff kami tolong promo susu unta
Sebelum kembali ke Mekkah untuk melaksanakan
ibadah Umrah, kami sempat singgah ke ladang unta(abah beli susu unta) & Muzium Mekkah di mana tempat kain kiswah kaabah
dibuat dan di sini jugalah terdapat barang-barang bersejarah yang terdapat di Madinah
dan Mekkah. Satu hal yang tidak dapat
dilupakan sehingga ke hari ini adalah, sebelum keluar dari Muzium Mekkah, aku
perasan ada sebuah bilik yang mengeluarkan bau kiswah yang kuat dan sangat
menyenangkan. Allahu rindu.
Hari terakhir di Mekkah
Tiada Tawaf Wida untuk aku kerana berada dalam keadaan uzur (sedih serius!). Semasa bertolak dari Mekkah ke Jeddah, kami sempat singgah ke Muzium Alamoudi. Di sana ia mempamerkan budaya, kesenian dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan bangsa arab.
Kami terus ke Airport Jeddah untuk mengambil flight ke Brunei (BI002). Maka kenangan sahaja yang mampu terpahat di hati ini bagi menjadi sebuah memori yang cukup indah bagi permulaan tahun 2019 aku.
Tibanya saja di brunei, kami check-in di Mulia Hotel berehat sementara menunggu jam 12.30am flight kami. Mulia Hotel hanya mengambil masa 5 minit ke Airport Brunei. Maka berakhirlah perjalanan ibadah kami setelah mengambil masa 22 minit dari Brunei ke Kota Kinabalu menaiki pesawat Royal Brunei BI829.
Pengalaman yang cukup mengajar aku banyak benda termasukkah cinta pada yang Esa. Utamanya adalah sabar dan jangan tinggal solat. Orang berebut mahu dapatkan syurga, jangan cuba tempah neraka. Baii !
Perkataan baru :
Melontar - Shopping
Harta Ghodimah - Harta rampasan perang
**gambar di bawah adalah sekadar hiasan
my new friend, Mr. Onta
ambik feeling Saudi Arabia sikit uhukk
Photo dulu di Muzium Alamoudi
Trimas pak arabnya. photonya bagus banget cehh
feeling lebihh !
OK DONE .
No comments:
Post a Comment