Madinah Bumi Anbiya : Madinah
Aku
tidak mampu mentafsir perasaan teruja dan sebak ini. Perasaan yang mana hati aku berbisik, “Ya Allah
terima kasih kerana kau menjemput aku ke sini. Cukup jauh perjalanan aku kali ini Allah untuk beribadah kepadaMu. Bertemu Rasullullah, berdoa kepada Allah untuk
mendapatkan Syafaat Nabi Muhammad s.a.w yang bakal memudahkan kita di akhirat kelak dan ini sangat menyenangkan hati aku.
Perasaan sayu bila ini pertama kali aku mengetahui bahawa akan ada dua kali azan
pada waktu subuh. Azan pertama adalah untuk solat sunat Tahajjud dan azan kedua
untuk solat subuh. Sedang bila kita mendengar azan di bumi kelahiran kita, kita masih bergelut di dalam selimut.
suasana di waktu pagi Masjid Al-Nabawi
Melangkah pada waktu subuh ke Masjid Al-Nabawi aku tidak
menjangkakan bahawa akan ada seramai itu manusia yang akan hadir hanya untuk mengejar waktu
subuh. Jika di bandingkan dengan di Malaysia, azan subuh itu adalah untuk
membangkitkan kita dari lena supaya mengerjakan ibadah kepada Allah. Tetapi
berbeda di Tanah Haram ini, manusia mengejar waktu itu hanya untuk berebut saf pertama. Hati aku sangat tersentuh dengan suasana itu (I'm over sentimental).
Mentari
menyinar di bumi Madinah, ziarah dalam Madinah iaitu berjalanan kaki
mengelilingi Masjid Al-Nabawi sambil disajikan dengan sirahnya rasullullah dan
para sahabatnya. Setiap langkah yang kami susuri, membuatkan hatiku ingin tahu
dan terus mempelajari apa saja yang tersirat di sebalik sebuah Bumi Anbiya ini.
Setiap langkahku menyedarkan betapa peritnya nabi dan para sahabatnya
mempertahankan dan meyebarkan Islam. kami juga sempat melawat di mana tempatnya pelantikan Khulafah Arasyidin dilakukan. Allahuakhbar !
Tempat di mana pelantikan Khulafah Arasyidin
No comments:
Post a Comment