kidal photography





Wednesday, November 26, 2014

The SMZ .


Weyy !
 mungkin ada yang sedih bila aku tidak tulis
 pasal kisah hidup depa dengan aku .
Yaa siapa lagi kalau bukan The SMZ .
 nama pun commercial gile kau !
The SMZ adalah gambungan nama 3 orang makhluk pelik
 Shema . Marissa . Zatul .

yes ! 
aku tidak tipu, mereka memang pelik .
 Actually mereka sebahagian aku . HAHAHA ! 
ada orang cakap kami nie pelik. 
Nampak “macam ayu” ,
 tapi serious kau silap besar pasal benda tuuu .
kami sangat tidak normal, 
mampu bercakap dengan atmosfera kami yang tersendiri
 yang kalau orang lain cuba masuk cerita mereka 
dan mulut mereka akan terngagah ! biar aku perkenalkan setiap dari kami nie ..

G1 . The M . Marissa 
 Seorang perempuan berdarah campuran cina , kadazan , spanyol
 (ini dia cakap lah) .
 dilahirkan pada 30 April 1993 yang berasal dari pulau Labuan . 
berketinggian agak pelik iaitu 170 cm . 
orang yang pertama kali melihat dia akan cakap, 
“budak cina mana yang tinggi gila nie ?!” 
but sangat lahh buat-buat sweet depan orang tapi depan kami,
 dia memang manusia kejam ! HHAHAH ! 
dia sangat suka digelar “Star Lagend” sebab yang kurang pasti .


G2 . The S . Shema 
 Aku sendiri yang juga berdarah campuran Irannun dan Bisaya Berunei.
 Dilahirkan pada 17 September 1994 yang memang berasal dari kota belud . 
ketinggian hanya 160 cm sahaja 
 menyebabkan terpaksa mendongakkan kepala bila tengok kawan yang seorang tuu . HAHAHAH . orang cakap aku ganas dan aku pun mengaku benda tuu .
 tapi satu benda yang aku tidak boleh tipu, 
memang hati aku puitis beb ! cepat mengalirkan air mata . 
aku memang sangat senang bergaul dengan orang yang penting orang tu gila macam aku . 
tuu pasal aku dapat “ngam” dengan 2 kepala gila nie . HAHAHA


G3. The Z . Zatul aka ATUL 
Dia adalah wanita ayu yang “pure” irannun . 
dilahirkan pada 27 Oktober 1994 (paling adik) yang berasal dari kota belud juga . 
berketinggian ‘mungkin’ sama dengan aku, 160 cm. 
orang yang tidak kenal dia ku yakin cakap dia pendiam dan sangat baik hati . 
tapi sebenarnya dia sangat pedas beb ! pedas nie mulut dia kalau kenakan orang !
 oleh kerana dia adik, kita orang ajar dia sopan sikit . HEHEHEH . 

Penubuhan The SMZ nie bermula dari tahun 2012 sehingga kini
 dan mereka adalah soul mate aku yang sangat memahami
 dan mereka suka aku cakap benda nie,
  “The SMZ manusia penting untuk aku!”.

Ini lagu yang aku cipta untuk The SMZ .

Pertama kali kita bersua ,
Hatiku teruskan berkata,
Mungkin mereka peneman setia,
Ku tak percaya .

Lama-kelamaan ku sedari,
Mereka istimewa di hati,
The SMZ nama diberi ,
Ku suka hati…
Ohh...wohh..

Dengan ikatan sahabat ini,
Kami menyanyi dan teruskan berlari,
Mengejar mimpi yang ku ibaratkan,
Sebuah taman penuh pepohonan.

Di sana kita akan berdiri,
menghadap bulan bintang yang terus menerangi,
cahaya malam yang terang-menerang,
mengukirkan sebuah lukisan,
The S.M.Z .








No comments: