entri kali lebih kepada random idea yang keluar dari kepala bila aku tekan keywords ne .
So hello 145 of 305 | 25052017 | 2319
words : Perigi cari timba .
Maksudnya : Perempuan yang mecari lelaki .
Pada sudut lain pulak ;
seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya.
sumber : akuislam.com
Persoalannya di sini , berapa ramai seorang wanita itu mempunyai keazaman dan iltizam yang sangat tinggi pergi sergah lelaki yang dia suka yang for sure sudah dijelaskan perlu mempunyai agama dan akhlak yang baik ?
Persoalan ke-2 , berapa ramai pulak mak pak yang ON jak tengok anak perempuan dorang mencari bakal 'zauj' sendiri tanpa diselidik latar belakangnya bagai memetik bunga di taman-taman ?
and for sure , berapa ramai orang keliling kampung yang bakal mengata si perempuan itu ?
fikirkan *takyah fikir sangat lah mulut orang memang susah nak tutup .
Guys , actually isu ni pun aku timbulkan sebab tiada topik yang menarik and for sure tiada kena mengena dengan aku benda ni oke .
Tapi adalah beberapa orang rakan yang sepertinya bersungguh dalam mengecapi impian , mendambakan 'zauj' idaman mereka kononnya mampu membimbing ke arah Keluarga Bahagia seperti dalam lagu Saujana yang mendapat tempat ke 6 GGV baru-baru ni .
Hal ini bukan isu yang besar sebenarnya dengan erti kata lain siapa kisah hidup kau . kau kena pandai-pandai lah kan . Tapi jangan sesekali menunjukkan keterdesakan anda . sebagai contoh aku buat dialog antara ibu dan anak ;
"mak di lihat jua tuu dulu ehh . manis jua mukanya maa . bule ne dibikin bakal boipren"
"mamak mu ne nak ON seja yang penting beduit endak di kisah"
"nahh.. menjadi lah ne aku mengorat duluan maa"
Chopp !.. sebelum aku melalut lebih panjang , kau faham kan maksud aku .
Anda boleh menjadi si 'perigi cari timba' tapi jaga maruahmu sebagai seorang wanita dik . Sekali lagi tidak salah menjadi 'itu' tapi tengok situasi bagaimana . Fikir fokus utama bukan tujuan untuk menggedik . sebilangan lelaki akan menganggap anda wanita yang berani untuk meluahkan apa yang terbuku di hati . Tapi , sebilangan besar mereka akan berfikir sebaliknya .
*saya harap anda faham maksud saya
So for the conclusion , itu hak peribadi anda untuk memilih jalan hidup yang bagaimana . Tapi jangan pernah tetipu dengan lelaki yang mungkin mempergunakan "perigi mencari timba" yang anda pegang dan semat dalam sanubari tu .
WalaahChow !
p/s : tiada kena mengena dengan yang hidup oke . Ianya cuma variasi idea yang tiba-tiba keluar dari kotak fikiran bila kau terfikir maw update blog . Anggap saja yang baik itu sebagai satu tarbiah , dan sebaliknya yang buruk itu kita jauhkan .
No comments:
Post a Comment