The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Sunday, April 27, 2014

Perubahan


Tajuk yang ringkas dan mampu difahami oleh semua jenis manusia . 
"PERUBAHAN"
perkataan ringkas yang mempunyai maksud yang agak padat . 
aku ambil dari definisi "Perubahan Sosial"

Perubahan Sosial ialah perubahan-perubahan yang terjadi pada lembaga-lembaga kemasyarakatan dalam suatu masyarakat yang mempengaruhi sistem sosialnya, termasuk nilai, sikap-sikap sosial dan pola perilaku di antara kelopok-kelompok dalam masyarakat .

Sukar untuk dicerna otak apa yang cuba aku sampaikan . 
Ringkasnya, perubahan yang aku maksudkan di sini ,
bila kita "berubah bukan kerana Allah tapi kerana manusia semata" .
Nauzubillah . 

Niat bukan untuk menilai seseorang tetapi tanpa kita sedar ,
kadangkala kita juga akan jadi macam tu kan .
depan orang kita lain , dengan diri kita lain . 
ini semua kerana niat yang kurang ikhas untuk berubah . 

 "Berubahlah kerana Allah bukan kerana manusia semata" .
Insha Allah . 

"Apa dan bagaimana kita mahu berubah atas dasar
 kerana Allah dan bukan manusia ?"
sehingga hari ini aku terus mencari jawapannya . 
jelas aku sukar untuk mengungkap atau menemuinya . 

mari kita jelaskan dalam hati kita . 

"aku datang suatu majlis ilmu untuk mendapatkan ilmu dan bukan yang lain ."

"aku solat hanya kerana Allah dan bukan yang lain ."

"aku akan tetap menjadi orang yang sama untuk
 menghadap Allah atau berhadapan dengan orang lain ."

Begitu mudah untuk kita melafazkannya . 
tetapi tidak semudah itu untuk melakukannya . 
Mari kita sama-sama berusaha untuk merubah pendirian diri . 

"Perubahan hanya Untuk Allah & bukan untuk mendapat 
perhatian dari manusia yang juga hamba Allah."



No comments: