adakah ianya adalah satu Fakta atau Auta ?
bila kita cakap ,
"aku menulis hanya untuk diri aku . aku baca untuk aku .
dan memang takda kena mengena dengan korang"
*sukar untuk aku percaya*
atau sebenarnya apa yang ada dalam fikiran kita ,
"aku tulis untuk luahkan perasaan aku . untuk aku harap korang tahu perasaan aku .
untuk korang tahu isi hati aku . dan ianya memang ada kena mengena dengan korang "
*ini kenyataan*
tiada siapa yang dapat menyangka atau mengungkap apa yang sebenarnya ada dalam hati korang ,
sehinggakan korang yang akan mengungkapkan semua persoalan itu supaya ianya tidak menjadi satu persoalan yang boleh membebankan diri sendiri dan orang lain .
bagi aku , untuk aku ,
aku cuba berusaha menulis sesatu ayat , perkataan ,
yang agak tersirat bagi menyembunyikan apa yang aku fikirkan sebenarnya .
kadang-kala manusia perlu berfikir lebih jauh dari apa yang ingin ditutur lidah .
dan malam ini aku ternyata ingin menulis ayat-ayat tersirat itu ,
biarpun aku ingin semua tahu apa yang ingin aku tulis ,
tapi aku tidak mahu semua memahami apa yang aku tulis .
cukup sekadar orang yang mempunya jiwa seni ,
jiwa yang sangat mendalam ,
jiwa yang sangat halus
yang mampu mentafsir segala apa yang aku ingin sampaikan .
" dari kenyataan seorang hambaMu ini ,
aku ingin menyatakan bahawa
engkau yang punya kuasa atas segalanya .
tiada yang lebih dari itu .
dan dari itu aku memohon
kau rungkaikan segala persoalan dari seorang penulis jalanan ini
yang sebenarnya tidak mampu
merobek cebisan otak yang akan berkecai seketika
untuk mencari kebenaran sebenar
tulisan-tulisan yang cuba dihasilkannya "
aku bingung apa yang aku pilih untuk hidup .
No comments:
Post a Comment