The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Tuesday, February 12, 2019

Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain #1


Akan aku curahkan segala rasa dalam satu tulisan. Tulisan yang akan menjadi memori yang akan aku kenang. Semoga tiap tulisan aku ini mampu mengubat rindu sendiri dan sesiapa yang pernah menjejakan kaki ke Tanah Haram. Sesiapa yang belum berkesempatan ke sana, InshaAllah ‘One Fine Day’ aku doakan kalian. Catatan Umrah Santai perjalanan bersama Nurmultazam Travel & Services, 26 Januari 2019 hingga 7 Februari 2019 bermula di sini.  

Madinah Bumi Anbiya

Keberangkatan dari Kota Kinabalu ke Jeddah menaiki persawat Royal Brunei mengambil masa kurang lebih 9 jam kerana kami melalui transit Kota Kinabalu ke Brunei (BI822) dan Brunei ke Jeddah (BI001). Perasaan gundah bercampur baur kerana ini kali pertama perjalananku adalah bertujuan untuk beribadah kepada Allah . Sampai saja di Jeddah, kami menaiki bas ke Madinah yang jarak perjalanannya seperti jauhnya Kota Kinabalu ke Tawau. Perjalanan yang panjang ini membautkan rasa hati ini berdebar kerana perjalanan aku sejauh ini untuk bertemuMu Ya Rabb.



kalau berdiri depan Gate 21 dan menghadap ke jalan, 
pemandangan ni lah kita yang kita dapat lihat. 
bagi makan burung sattt.. hewhew

3 comments:

Pa'an Healers said...

Alhamdulillah...

sara zuliana said...

alhamdullilah.seronok dh sampai ke sana

ShemaSinbei said...

Alhamdulillah. Allah perkenankan doa saya <3