Akan aku curahkan segala rasa dalam
satu tulisan. Tulisan yang akan menjadi memori yang akan aku kenang. Semoga
tiap tulisan aku ini mampu mengubat rindu sendiri dan sesiapa yang pernah
menjejakan kaki ke Tanah Haram. Sesiapa yang belum berkesempatan ke sana,
InshaAllah ‘One Fine Day’ aku doakan kalian. Catatan Umrah Santai perjalanan bersama Nurmultazam
Travel & Services, 26 Januari 2019 hingga 7 Februari 2019 bermula di sini.
Keberangkatan
dari Kota Kinabalu ke Jeddah menaiki persawat Royal Brunei mengambil masa
kurang lebih 9 jam kerana kami melalui transit Kota Kinabalu ke Brunei (BI822)
dan Brunei ke Jeddah (BI001). Perasaan gundah bercampur baur kerana ini kali
pertama perjalananku adalah bertujuan untuk beribadah kepada Allah .
Sampai saja di Jeddah, kami menaiki bas ke Madinah yang jarak perjalanannya seperti jauhnya Kota Kinabalu ke Tawau. Perjalanan yang panjang ini membautkan rasa
hati ini berdebar kerana perjalanan aku sejauh ini untuk bertemuMu Ya Rabb.
kalau berdiri depan Gate 21 dan menghadap ke jalan,
pemandangan ni lah kita yang kita dapat lihat.
bagi makan burung sattt.. hewhew
3 comments:
Alhamdulillah...
alhamdullilah.seronok dh sampai ke sana
Alhamdulillah. Allah perkenankan doa saya <3
Post a Comment