The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Monday, August 27, 2018

Merindu


kata orang kalau lagi rindukan seseorang, 
sedekahkan Al-fatihah agar dia tenang di sana.
Mungkin dia juga sedang merindui jasad yang masih teguh di sini. 


Kerinduan yang dibatasi dengan waktu masa dan alam berbeza.
Aku cuma merindukan seorang yang selalu meletakkan tangannya di bahuku,
mempersoalkan jika aku mahukan sesuatu.
Disaat dia sakit juga dia bisa bangkit, 
menjadikan aku terlalu manja dengan hadirnya sosok tubuh itu.

Menjadi aku yang kini keras di lihat orang,
hanya aku yang tahu mengapa kini aku begini. 
Tidak mahu terlihat lemah di mata yang lain,
ternampak raut senyuman tanpa rasa gelisah di dada. 

Mungkin aku terlau banyak berahsia,
sehingga mereka sukar mengerti perilaku aku yang kerapnya itu aneh. 
Terlihat keras luaranku,
tapi hati tisu ini sukar aku tutupi. 
Mereka yang benar faham saja akan setia, 
malah memahami setiap langkah.
Aku bukan tidak mahu berkongsi rasa,
tapi itulah aku.

Kalau aku bisa ungkapkan pengharapanku ketika ini,
aku mahu kau kembali.
Menjadikan barisan pertahanan kita kuat seperti dulu. 


Kau hanya perlu berdiri sebaris kami,
penuhkan ruang itu,
agar tidak lagi terlihat kekosongan yang memang tiada ganti. 


Kami di sini sentiasa merindui,
mohon hadir dalam mimpi. 
salam sayang dari yang merindui. 
Al-fatihah.

Disaat perkataan rindu itu belum wujud.


No comments: