Tatkala aku terjaga dari dibuai mimpi, aku terasa kaki aku sangat sejuk sekali. Tubuhku menggeletar. Aku berusaha bangun untuk mencapai selimutku, tapi sepertinya tubuhku ini tidak dapat digerakkan. Tanganku, kakiku, badanku sepertinya mati. Mati ??! aku… mati ?!! ini semuanya mustahil. Baru sahaja semalam aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke-19. Tapi hari ini, aku sudah tiada. Ya Allah! Aku sudah tiada di dunia ini. Tolonglah ! tolong aku!! Bangunkan aku dari semua ini ! Aku tidak mahu mati seperti ini !. Semalam sebelum aku melelapkan mata, aku tidak solat ! Ya Allah, ampuni dosa hambamu !
“Sheila ! Sheila ! bangun ! sampai bila kau nak bangun ni ha?? Dari tadi lagi aku bangunkan kau! Tidur mati agaknya budak ni ” kata ibuku. Bisik hati kecilku, “Bu, tolong ibu… gerakkan tubuh Sheila. Sheila tak mampu ibu”. Aku mula menangis, menjerit dan meraung. Tiba-tiba, kau merasa tubuhku diawang-awangan. Tidak !! sekarang aku terpaksa pergi. “Nah ! seronok sangat agaknya kau tidur, sampai aku suruh bangun kau tak bangun-bangun ya !” ibu merenjis mukaku dengan air. “Alhamdulillah! Aku tidak mati lagi ! aku selamat. Terima kasih kepada ibu kerana tolong renjiskan air itu ke muka Sheila ya”. Aku memeluk ibu dengan erat. Wajah ibu seperti tertanya-tanya mengapa aku memeluknya.
Itulah pengalamanku, seperti mayat yang dihidupkan semula. Aku bersyukur kepadamu ya Allah, kerana kau telah memberika aku peluang kedua untuk terus berada di atas muka bumi ciptaanmu ini untuk mencari ilmu dan amalan yang akan ku bawa suatu hari kelak kepadaMu.
No comments:
Post a Comment