The hardest part of my life is to understand myself. Then stop think that you knowing me





Tuesday, February 12, 2019

Cinta Nurmultazam di Bumi Haramain #4

Madinah Bumi Anbiya : Ziarah luar


Pagi ini dituruni dengan hujan rahmat di bumi Madinah. Cuaca ini menjadikan sedikit sejuk bagi bumi Madinah yang lama tidak dibasahi hujan rahmat. Sebelum aku melanjutkan ceritanya, izinkan aku memperkenalkan Mutawiff yang banyak membantu Jemaah Nurmultazam sepanjang mengerjakan Umrah dan menghayati sirahnya rasullullah iaitu Ustaz Syukron Habibi, nama yang tertera pada WhatApps group. Dia adalah mutawiff yang dipilih sendiri oleh CEO Nurmultazam iaitu Puan Hajjah Yatie bersama suaminya, Hj. Samsul. Ustaz Syukron dan Nurmultazam banyak membantu dan memudahkan kami disepanjang mengerjakan Umrah di Tanah Haram. Alhamdulillah.


Melontar kurma
Jemaah wanita Nurmultazam di Masjid Quba
Kembali dilanjutkan, kami menziarahi Masjid Quba, kebun kurma (pokok kurmanya hanya berbuah pada bulan Ramadhan. Jadi kami melawat tempat penjualan kurma sahaja memandangkan cuaca ketika itu hujan lebat dan membataskan pergerakan kami), Jabal Uhud, Jabal Ainain (berhadapan dengan Jabal Uhud dan bersebelahan dengan makam 70 para Syuhada) dan Masjid Qiblatain (kami singgah di sini untuk solat Zohor) dan juga melalui Masjid Tujuh. 
Berlatarkan Jabal Ainain

Sebetulnya selepas sahaja dari Jabal Uhud, kami akan terus pulang ke hotel dan menunaikan solat di masjid al-nabawi tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana ada beberapa jalan yang ditenggelami air akibat banjir kilat dan juga kami memakan masa agak lama di Jabal Uhud kerana ada Jemaah yang ingin memanjat Jabal Ainain. Menurut mutawiff kami, hujan adalah sangat jarang turun di Madinah. Hujan ini menyebabkan suhu bumi Madinah turun sehingga 16oc pada waktu pagi. Allahurobbi, ini adalah pertama kali aku merasakan suhu seperti ini di Madinah. Pada waktu puncak sekalipun, matahari bersinar dengan tiupan angin yang membuatkan kita merasa nyaman untuk beribadah.


Pemandangan Jabal Uhud dari Jabal Ainain
Nurmultazam
yes guys ! Akak gigih naik Jabal Ainain dengan memakai jubah. 
Sedikit licin sebab hujan.

No comments: