Hari paling last aku update blog ni, dia lebih kepada emosi .
Jadi hari ni kita kena tulis dengan penuh hemah sikit lah ye..
supaya pemahamannya juga lebih jelas. InshaAllah :)
*Ini 20 cent aku, kalau memang rasa aku salah dengan pemahaman aku,
terus tegur and stop judging me dude.
sumber : http://iluvislam.my/sebarkan-dakwah-dengan-kelembutan/
As you know, dakwah tuu memang tanggungjawab setiap kita muslim right.
Tidak kira lah kau jahil mana sebelumnya, tapi kalau kau memang tahu kebaikan
sesuatu perkara tu memang sebaiknya kau sebarkan lah ye .
Sharing is caring darl .
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).
Tapi dekat sini aku bukan mau tarbiah sentap kah apa,
aku rasa mau share jak benda yang aku pernah lalui
as a student yang pernah join activiti dakwah and for sure as a hamba Allah
yang memang tidak pernah lepas dari melakukan kesalah .
Bila kau meletakkan orang yang boleh menyampaikan (dakwah) sesuatu itu perlulah
berakhlak mulia sentiasa melakukan perkara baik, berkopiah atau bertudung labuh.
*chill guys, kalau aku pun aku memang tengok siapa yang cuba tarbiah aku untuk
terima apa dakyah yang di cuba sampaikan.
Tapi cuba..
cuba terima dan beri peluang dengan siapapun dia untuk bercakap .
aku pernah rasa bila kau cakap suatu benda baik and ada orang support ayat kau ,
"kau bukannya baik sangat pun..
tidak payah nasihat orang"
aku diam untuk menunjukkan aku sedang menerima . berfikir & matang .
"pemilihan ahli yang tidak sesuai *pemakaian kami yang hanya mengenenakan baju kurung dan tudung biasa, aktiviti tidak berfaedah, tiada hikmah"
aku bukan tidak menerima apa yang cuba disampaikan .
Tapi aku fikir, bagaimana kau mau berdakwah di jalan gelap bila kau terlalu
melimitkan dengan siapa kau perlu berdakwah, berkawan dan bergaul .
Kalau begitu kerasnya cara kau, silakan manusia .
Dijadikan cerita, kami beberapa orang hati tisu ini mengambil pendekatan mengundurkan
diri dengan mengunakan alasan "aku tahun akhir" .
Mungkin betul, kalau mau berdakwah
kau kena pakai pakaian seperti seorang pendakwah.
Jangan cuba pakai t-shirt nanti kau dituduh Islam Liberal . Allahu :(
kau rasa kenapa aku cerita merepek di atas ne ?
sebab aku cuba buka mata manusia yang merasakan
hanya "kami" yang berkopiah dan bertudung labuh sahaja
yang boleh berdakwah .
"Jangan bergaul dengan budak-budak tuu. dorang jahat. merokok.
kau tengok pakaian dorang. kau rasa boleh dibentuk kah tu?"
Terima kasih kerana menyempitkan lagi peluang manusia yang ingin berubah.
Tapi fikirkan lah untuk berhenti menilai orang disekelilingmu dengan cara ni.
Berhenti dari meletakkan aras bahawa seorang yang luarannya 'cantik' sahaja boleh dijadikan kawan,
dan buang manusia yang tidak mencapai aras kau .
Tolong berhenti kerana kau cuba menyempitkan jalan hidup seseorang yang
dalam diam berusaha untuk berubah .
Dekati dia. Dakwah dia dengan hikmah.
Tiada manusia yang hatinya terlalu keras sehingga tidak boleh dilembutkan.
Percayalah sayang.
Percaya kuasa Allah .
Wallahu a'lam
p/s : trimas untuk chatnya . tetiba dapat idea tadi . random topic keluar . lama tidak menulis :)
No comments:
Post a Comment